//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

If Today is my Last Day




Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku ingin kata pada diri aku sendiri yang aku orang yang tabah. Aku telah menjalani segala liku-liku kehidupan aku yang manis dan juga yang pahit. Yang menjatuhkan aku, yang membuat aku merangkak kesedihan dan penuh hiba. Tetapi, aku mampu bangun. Aku ingin kata pada diri aku sendiri, meskipun perjalanan aku hanya takat di sini, aku telah mengharungi segalanya, walaupun terlalu perit untuk diperkatakan bagaimana. Pedih sendiri, rasa sendiri.

Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku ingin kata pada diri aku sendiri. Yang aku tahu, aku bukan baik orangnya. Aku bukan manusia yang sempurna, aku bukan manusia yang baik dalam hatinya, mungkin. Aku bukan manusia yang mampu menarik segala duka manusia lain. Aku bukan manusia yang baik sifatnya, dan aku bukan manusia yang bebas dari kesalahan. Aku belajar. Hari demi hari, aku belajar untuk hidup. Aku belajar untuk menjadi manusia yang berguna, dan didik diri aku menjadi yang terbaik.

Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku mahu engkau tahu. Yang aku tak pernah henti mendoakan kamu. Sentiasa aku ingat kamu dalam doa-doa aku. Ini ketentuan takdir, aku redha dengan semua yang terjadi. Aku tak tahu engkau dimana sekarang, apa yang engkau sedang lakukan. Tetapi apa yang aku mampu, hanyalah mendoakan kebahagiaan kamu. Walaupun kebahagiaan itu, bukan dengan aku. Bila engkau gembira,aku akan gembira. Mungkin. Kegembiraan dan kebahagiaan kamu itu, kepentingan aku. Kamu tahu ?

Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku harap, kamu tak lupakan setiap inci pesanan aku. Setiap pesanan aku yang tiada niat untuk menjahanamkan diri kamu. Pesanan aku, yang mahu kamu bangkit dalam segala kehidupan kamu di dunia ini. Untuk tidak melawan kata kata ibu dan ayah kamu, untuk sentiasa menghargai jasa jasa mereka, untung menyayangi orang yang menyayangi kamu seadanya, untuk terus bangun dari segala kegagalan kamu, dan tidak berputus asa selagi kamu masih hidup. Janganlah kamu sibuk mengejar apa yang ada di dunia, hingga lupa akan kewajipan kamu untuk akhirat. Segalanya ada di depan mata kamu. Aku harap, apa yang aku telah katakan pada kamu selama ini, kamu abadikan selama lamanya pesanan aku. Ianya berharga buat aku, untuk mahu kamu terus membangkit.

Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku mahu kawan perjuangan aku tahu, yang selama ini aku hanya karakter sampingan. Sebanyak mana kamu semua berdamping dengan aku semasa kamu dalam kesusahan, jika aku telah hilang dari pandangan tidak semestinya semuanya terus kabur dan hilang arah tujuan. Kamu tahu, kamu kuat. Kamu harus percaya, yang kamu kuat. Kamu kena percaya yang kamu kuat, sebab bila kamu percaya yang kamu kuat, kamu akan terus bangkit dengan kepercayaan kamu. Bangkitlah, bangunlah dari segala kejatuhan duniawi kamu. Dunia ini memang nampaknya tidak indah, lepas satu satu kau diuji. Tapi tidak mengapa, kau harus berdiri. Kau harus kembali berdiri,jangan engkau lari.

Andai hari ini hari terakhir aku,
Aku mahu kau simpan segala yang ada dalam blog yg aku buat ini. Mungkin ianya tidak seberapa. Tapi bila engkau rindukan kata kata aku, dan dongeng dongeng impian aku,bukalah ini semua. Segalanya tercatat, yang tersurat dan juga tersirat. Setiap inci pesanan aku, yang setiap ayat penaipan aku, penuh dengan maksud yang tersirat. Kerana setiapnya, terlakar dari hati aku. Hati aku, yang mahu aku lepaskan, luahkan. Tulisan aku, adalah tulisan yang aku cuba untuk menjadi jujur keseluruhannya. Biarpun dihentak, dikata lemah, masih ada lagi yang berdiri dengan aku. Aku takkan kata aku bangga dapat tolong orang, dapat faham orang. Itu terpulang pada diri masing masing. Hanya, mungkin aku bangga, untuk ada orang yang bangga akan kewujudan seorang aku.

Andai hari ini hari terakhir aku,
Kamu tahu kamu siapa. Aku letak kepercayaan aku pada kamu, untuk menjaga keluarga aku. Untuk menjaga ibu bapa aku, macam ibu bapa kamu sendiri. Untuk belai mereka dengan kasih sayang,umpama darah daging kamu sendiri. Hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa banyak pengorbanan mereka untuk anak mereka yang bongsu ini tak terbalas. Terlalu banyak. Terlalu banyak yang telah aku susahkan, yang telah mereka korbankan, hanya untuk keselesaan aku. Meskipun kadang kala aku merungut kesedihan, bila aku pandang keluarga aku, walaupun tidak se-gah mana, tidak sekaya dunia, tidak sehebat perwira, merekalah yang aku ada. Darah daging aku, keturunan aku. Ibu bapa aku, abang abang aku, kakak aku, dan anak saudara permata hati aku. Mereka, punca kebahagiaan aku. Mereka penting bagi aku, penting dari segala-galanya. Keluarga, keluarga siapa yang tak penting ? Keluarga sentiasa penting.


Andai hari ini hari terakhir aku,
Bagi teman hidup aku, kotakan lah janji kamu kepada aku. Carilah orang yang aku telah tentukan untuk kamu, untuk mengetahui segala liku liku kehidupan aku yang sebenar benarnya. Rahsia rahsia terbesar aku dalam kehidupan aku, dan juga percintaan aku. Yang membahagiakan, dan juga menyakitkan. Semuanya tercatat dalam minda mereka. Cari mereka, sahabat baik ku. Yang rapat denganku. Mohd.Aziezul, Nurul Hidaya, Shellah Elikson, Rosmala Dewi, Jumira Domali. Setiap mereka ini pegang rahsia rahsia aku serba sedikit. Merekalah pendakap aku, cinta pertama aku, dan permata hati aku. Semua ini bermakna bagi aku,masa silam aku yang aku curahkan identiti aku yang sebenar. Maka yang selebihnya, aku draft-kan di dalam blogger ini,hanya untuk kamu baca bila tiba masanya.





Andai hari ini hari terakhir aku, 
Bagi yang masih belum mengenal diri aku sebaik mungkin, aku pohon kemaafan. Bagi yang terasa aku manusia yang sombong, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku ini menyakitkan, aku minta maaf. Bagi yang terasa aku tiada masa untuk kamu, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan kata kata dan gurauan aku, aku minta maaf. Bagi yang terasa dengan perbuatan aku, aku minta maaf. Bagi yang telah menyakiti aku, aku maafkan kamu. Aku anggap sebagai pengajaran duniawi untuk aku. Bagi yang maafkan segala salah silap aku mahupun besar ataupun kecil, terima kasih. Aku tahu, aku memang tak akan lepas dari melakukan kesilapan.

Andai hari ini hari terkahir aku,
Halalkan makan minum aku sepanjang aku berada dengan kamu. Maafkan setiap kesalahan aku. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jutaan terima kasih untuk kamu kerana sentiasa ada dengan aku dikala aku susah, dan dikala aku sakit merana menahan perit kesakitan yang aku telah terima sebagai penyakit hidup aku. Tetapi tidak mengapa, aku masih lagi berdiri di sini kan. Hampir setahun aku bertahan, aku masih hidup. Mungkin. Tapi,jika inilah hari terakhir aku sebelum aku tidur selamanya, aku berterima kasih atas segala pengorbanan kamu. Bagi kesayangan kesayangan aku, berdiri lah kamu. Berbahagia lah kamu. Dengan ikhlas, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Dan aku berharap, kamu doakan kebahagiaan aku juga. Kerana selagi aku masih lagi berdiri di sini, aku tetap akan mencuba walaupun banyak yang menghentak aku. Aku kuat, kamu tahu kan ? Sebab apa ? Sebab aku percaya pada diri aku sendiri. Itu yang mama aku ajar. That's why I keep fighting to live, that's why I never give up.

Janglah kamu berpaling ke belakang lagi,
sudah sudahlah berpaling pada yang telah lesap dari pandangan.

Andai Hari Ini Hari Terakhir Aku.
Sicerely, Haniey :')