//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

cruel world!





Its normal being judged and hurt in our daily life by people. That's what we called life. Yeah it is hurt.
Pelik. Yang kita hadapi ni hidup kita tapi kenapa orang lain sibuk sangat nak judge kita, nak menilai kita. Dan yang lagi peliknya, sometimes, kita kisah sangat pasal apa yang orang cakap sampai kita tak fikir yang kita sakit sangat hadap benda tu semua.
A word can hurt you more than a blade can do. Tahu sakit hati bila dengar orang cakap yang bukan bukan pasal kita sedangkan dia taktahu langsung apa yang kita rasa, apa yang kita hadapi. Tapi kenapa kita macam terus biarkan dunia menghukum? Kita masih dengar cakap orang dan cuba untuk menjadi macam apa yang orang mahu kita jadi sedangkan diri kita yang sebenar lain sangat. Itu menipu diri sendiri namanya.
The wounds might be heal, but the scars will remain there forever. Tak kira betapa banyak kemaafan yang kau beri bila kau dah sakitkan hati orang, tak kira apa yang kau buat, hati dia dah terluka. Mungkin boleh sembuh tapi tidak untuk jadi seperti sediakala. The scars is a prove that we're survive the most hurtful ever and never give up to achieve the most happiness moment ever. Situasi kasarnya sama dengan bila kau belajar main basikal dulu dulu masa kecik. Berapa kali kau jatuh sebab tak pandai nak imbang badan. Berapa kali kaki tangan semua luka berdarah sebab jatuh. Berapa kali kau tetap cuba bangun nak belajar naik basikal tu supaya kau boleh berlagak dengan kawan-kawan yang kau boleh kayuh basikal tanpa pegang handle. Kau terus cuba dan mencuba. Sampai sekarang sudah pandai naik motor berkuasa tinggi yang lagi besar dari kau. Ever thought kalau dulu kau give up dari belajar imbangkan badan naik basikal tu, boleh ka kau naik motor berkuasa tinggi sekarang? Semua luka tu berbaloi dengan kesenangan yang kau hadapi sekarang. Tapi parut tu takkan hilang.
Pendapat orang tu kadang-kadang memang penting tapi tak perlu rasanya nak dengar cakap orang yang entah apa apa tak membantu langsung. Dan bila orang perlukan pendapat kau, mohonlah bagi pendapat dan kata-kata semangat yang sepatutnya. Bukan kau lagi menjatuhkan sisa-sisa semangat yang tinggal dekat dia. Dia tengah sakit tapi kau sebagai kawan, tambahkan lagi sakit dia. Kau hukum perasaan dia yang dia sendiri keliru. Patut ka macam tu? Mana perginya hati nurani kau sebagai kawan. Ya. Faham kau pernah alami rasa sakit yang lebih teruk tapi kau macam nak dia turut rasa sakit yang sama. Maaf cakap tapi kau kejam!!
Dia dah berubah. Ya. Berubah kepada yang lebih baik. Dia x nak hidup dengan bayang-bayang masa lalu. Bagus tu. Tapi kenapa kita masih nak mengungkit apa yang pernah dia buat? Kita masih nak menghukum dia. Kita buat dia macam dia tak layak berubah. Kenapa? Kita tak tahu betapa susahnya dia nak berubah. Betapa peritnya perjalanan dia nak jadi diri dia yang sekarang. Kita tak tahu betapa terseksanya dia nak lupakan tu semua. Semua dia hadap seorang. Tak pernah minta apa-apa dari kita. Tapi kita? Senang-senang nak mengungkit. Senang-senang nak menghukum. Mana pergi nilai-nilai murni yang pernah dipupuk masa sekolah rendah dulu? Habis dekat sekolah rendah jaa ka? Siapa kita nak menghukum?

Sometimes, better be silent and let them questions our quietness than be speak out and let them judges us and hurt us. Its weird how people only appreciates when we're gone. Be tolerate and think about there is other people in this planet too. Not only us. Spread the love and we can feel the love.

"Kadang - kadang, lebih baik terus berdiam dan biarkan mereka mempersoalkan kesenyapan kita dari kita meluahkan dan biarkan mereka terus menghukum dan menyakitkan kita. Pelik bila manusia cuma tahu menghargai bila dah kehilangan. Bertolak ansur lah dan fikir, ada orang lain yang huni planet ni juga. Bukan cuma kita. Sebarkan rasa bahagia dan kita akan rasa kemanisannya."

- Selamat Malam Dunia Penuh Pancaroba -