//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

Antara Kawan, Teman & Sahabat




Beruntung jika kita mempunyai seorang sahabat yang sanggup melakukan apa saja untuk kita .. Sentiasa ada saat kita memerlukan .. Sentiasa bersama saat kita dilanda duka dan sentiasa memberikan teguran saat kita alpa dan melakukan kesilapan .. Namun, jgn terlalu mengharap kita akan miliki sahabat seprti ini .. Sahabat yg baik ibarat sebutir PERMATA atas butiran pasir pantai .. Terlalu sukar utk dimiliki dan andainya kita memiliki, jangan  biarkan ia terlepas dalam gengaman kita .. 

Untuk bercerita tentang sahabat, rasanya tiga hari tiga malam tidak mencukupi .. Antara kita mungkin ada kenangan tersendiri bersama sahabat .. Sama ada kenangan manis atau kenangan pahit ia tetap terpalit di jiwa ..

Dalam persahabatan semuanya berkemungkinan terjadi .. ada kalanya kita tertipu dgn kebaikan yg ditunjukkan sedangkan hakikatnya ia cuma topeng semata2 .. Ada yg suka menjadi talam dua muka, ada yg menikam kita dari segenap penjuru .. Semuanya sukar utk kita kenalpasti .. Setelah TERKENA barulah kita mula mnyedarinya ..

Perjalanan masa mendewasakan kita dalam mencari erti sebuah persahabatan di alam realiti .. Biarlah dituduh sombong andai itu yg terbaik utk kita .. Biarlah kita dituduh terlalu memilih asalkan pilihan kita menepati .. tidak menyakiti dan tidak disakiti ...

Keikhlasan dalam persahabatan sukar utk dinilai, dihitung, dikira dan dicongak walaupun dgn mnggunakan kalkulator .. Hanya empunya diri yg tahu sama ada dia ikhlas atau tidak dalam menjalinkan persahabatan dgn kita ..

Sebenarnya bagi aku, persahabatan di alam maya lebih mnyeronokkan dan lebih membahagiakan berbanding di alam reliti .. Walau tidak bersua muka, tetapi jalinan ikatan terasa kukuh dihati, terasa indah disanubari .. tidak ada perasaan dengki, jauh sekali utk iri hati ...

DAN
aku cukup bertuah mempunyai seorang kawan, teman dan selayaknya dipnggil sahabat .. Dia sentiasa bersama saat diperlukan .. sentiasa memberikan kata2 semangat saat aku hampir terjatuh .. Dia ibarat bintang dalam hidup ku . aku cukup sayang dan tak snggup kehilangannya .. walau adakalanya dia mengutuk dan menegur aku, tapi aku yakin dia cukup ikhlas dalam persahabatan .. biarlah persahabatan ini terus kekal tnpa dicemari dgn perasaan negatif yg menyakitkan hati ...