//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

sweet sour of life :)

Matangkanlah diri kita dengan sebaik-baiknya kerana dunia sekarang bukan lagi tempat untuk kita mengambil remeh tentang hal-hal dan orang-orang ya ada di persekitaran kita , nasib kita adalah berbeza ..


❤ SABAR .. REDHA .. KUAT .. TENANG .. MENANGIS ❤



❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri ..

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu .....

Kata LELAKI : Dia TAK CANTIK namun SEDAP mata MEMANDANG


Kata PEREMPUAN : Dia TAK HENSEM namun SEJUK dipandang

Alhamdullilah , jika DIPILIH BUKAN berdasarkan PARAS rupa sebagai UKURAN .. Namun , PILIHLAH seseorang PILIHAN HATI itu bersandarkan AGAMA kerana di situlah lahirnya AKHLAK yang TERPUJI . Ku PILIH kamu bukan kerana RUPA , namun ku PILIH kamu kerana AGAMA dan ingin bersama di SYURGA :)

Ya Allah andai benar dia jodohku tetapkanlah hatinya dgn hatiku .. Andai dia bukan jodohku , satukanlah hatiku dengan ketentuanmu .. :')


Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina , ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah . NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU , kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat , hatta berkahwin empat sekalipun . Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN . Jika itu dicapai , tanpa berkahwin , seseorang itu MAMPU jauhi maksiat . Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum , NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah , lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya .
- Dr.Zaharuddin -






♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA , maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS .



♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU , maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan .

♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan , pasangan akan lari apabila rambut beruban , muka kerepot atau badan jadi gendut .

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK , maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir .

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN , pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA , hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik , tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi .

Namun ,

♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah , sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya . Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya .

Insyaallah . Semoga Allah pelihara rumahtangga kita semua . ^^




Ketika Allah SWT rindu pada hambaNya , Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibrail a.s yang isinya adalah ujian .. Dalam hadith Qudsi Allah SWT berfirman ...

Pergilah wahai Jibrail kepada hambaKu lalu timpakan berbagai ujian padanya , kerana Aku ingin mendengar rintihannya ... "

syukurlah diri mu di uji ...^_^


Throughout life you will meet one person who is like no other . You could talk to this person for hours and never get bored , you could tell this person things and they will never judge you . This person is your soulmate .. your best friend .. never let them go ...

A woman said: ” while I was praying , my little daughter came to me and called me over and over again , but I didn't answer her of course because I was performing Salah .. Her 6 years old brother came to her and told her: ” Shame on you !! How can you interrupt their dialogue !! Don’t you see that mom is talking to Allah !! ” When I heard these words coming from my little son , I got chills throughout my b...ody , I felt humiliation and shame of myself because I was unaware of the greatness of the One I am standing between His Hands ! I was in the presence of the Creator of the heaven and the earth , talking to Him and yet I was rushing through my salah . The words of my little son moved me so much that I remembered them every time I made Takbeer to perform Salah !! SubhanAllah !!! The One Who sends wise messages through children to remind the adults ....

Muslimah , Place your heart in the hand of Allah , and He will place it in the hand of a man who He believes deserves it . InsyaAllah . 
- Asyraf Zabani -


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi ,
sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani ,
sebesar apapun kegagalan yang kita rasai ,
sejenuh manapun hari hari yang kita lalui ,
JANGAN pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI .
JANGAN pernah berhenti berdoa kepada RABBI . 
kerana harapan adalah masa hadapan .. 
kerana harapan adalah sumber kekuatan .. 
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang yang beriman ..



☀Jika wanita cantik yang dicari , ia bukan saya ,☀

☀Jika wanita solehah yang dicari , ia bukan saya ,☀
☀Jika wanita ayu yang dicari , ia bukan saya ,☀
☀Jika wanita kaya yang yang dicari , ia bukan saya ,☀
☀Jika wanita berpurdah yang dicari , ia bukan saya ,☀
Tapi ,
Jika wanita yang ingin dibimbing ..
ia adalah saya ..
Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya ..
Siapa pun awak yang berada di jalan ALLAH SWT ..
•❤• (✿◠‿◠) •❤•

munajat seorang hamba ...
Saat bicaraku tidak lagi bersuara .. ku biarkan tanganku menari2 di helaian putih .. menulis bicara2 yang bermain di jiwa .. padanya ku lakarkan tentang cerita hati .. dan sesuatu bermain2 di mindakuKala bibir ini masih lagi tersenyum .. ketahuilah bahawa senyuman ini terwujud bilamana hati ini telah merasakan sentuhan cintaNya ... hanya denganNya aku bisa tersenyum , tidak dapat aku bayangkan betapa gelapnya hari2 dalam hidupku andai hati ini jauh dariNya ...
Duhai pemilik hatiku ... yang menitipkan air mata dimataku .. bilamana hati ini terasa pedih,sedih dan sakit ... terima kasih wahai Pemilik hatiku kerana memberiku harapan ..
~sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar~,
terima kasih kerana memberiku harapan 
~jangan takut dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama..~
ku mohon dengan penuh pengharapan ...“…Ya Tuhan kami , janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami , dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau , kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi(kurnia)…Ya Allah .janganlah Engkau matikan aku melainkan dalam keadaan beriman,ku mohon matikan aku saat hati bermunajat padaMu . Matikan daku dalam husnul khotimah ... Ya Allah , jika aku berdosa .. janganlah Engkau membuka aibku di ambang kematianku .. aku tidak mahu diriku menjadi punca fitnah pada agamaMu..mereka menyangka aku ni baik ... mereka menyangka aku ini soleh ... sedang jauh sekali apa mereka sangkakan itu .. aku ini penuh dengan dosa ... aku ini punyai hati yang kotor , aku ini pengemis yang hina .. tidak layak aku dipuji .. kerana aku insan biasa yang tak lepas dari dosa .. Ya Allah malu aku padaMu bila , mereka menyangka sesuatu yang mereka tidak tahu tentangku ... " Ya Allah , ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui , dan jangan Engkau hukum ku atas apa yang mereka katakan , dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan ."

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN , Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu .. Mengapa kamu berlengah lagi ?? Coba membandingkannya dengan yang lain ? Terlalu mengejar KESEMPURNAAN , kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain , Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu .. Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI .. kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA .. itu lebih BERMAKNA !! kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini .. setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan , mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN .. itulah PASANGAN saling melengkapi apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi , pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…Mencari yang sempurna .. SEMPURNAKAH dirimu ?? tepuk dada tanyalah IMAN . Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan . Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya . Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Redha-Nya ..
Ingatlah ... Kesempurnaan Hanya Milik Allah ..

SEKUAT mana kita setia ツ
SEHEBAT mana kita merancang ツ
SELAMA mana kita menunggu ツ
SEKERAS mana kita bersabar ツ
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita ツ
•.♥• Jika ALLAH S.W.T Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama Kekasih Kita . Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥•

♥,♥ Aku tidak menginginkan hantaran bersusun , mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama . Cukuplah seandainya , maharku sebuah Qalam Mulia , Al-Quran , dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara . Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. ♥,♥

CINTA ...
Bersamamu hanya selepas 'lafaz' itu
Lafaz yg menghalalkan kau mendekatiku
Menjauhi segala fitnah dan insyaAllah menjemput barakah
Nikah , menanti halalnya cinta di batas waktu ...


✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀.•❤•.¸✿ ✿¸.•✿•.❀¸.•❤•.❀.❀❀

Ya Allah ,
Usah biarkan hatiku tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku ...
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta ...
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu ...
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap ..
Ya Allah , leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku ..
kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta ...
Hanya CinTaMu , ALLAH yg kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki ...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah , menolak kerana Allah , mencintai kerana Allah , membenci kerana Allah & menikah kerana Allah , maka bererti ia telah  sempurna imannya .”
(HR. Al-Hakim)

♥(❤◕‿◕❤).Ya Allah berilah kami cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-MU .. Amin ya Rabbal Alamin..♥(❤◕‿◕❤)♥


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA ,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI ..
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH ,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA..
CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA


Barangsiapa yang menginginkan pelindung , maka Allah cukup baginya .
Barangsiapa yang menginginkan teladan , maka Rasulullah cukup baginya .
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup , maka Al-Quran cukup baginya .
Barangsiapa yang menginginkan peringatan , maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu , maka neraka cukup baginya .