//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

Menjaga Hati


Kau terlalu menjaga perasaan orang . Kau tahan perasaan dari meluahkan kerana kau tak mahu melukakan orang dan atas dasar nama menjaga hati seorang anak manusia . Percaya atau tidak , akhirnya hati sendiri yang sakit .. Benar , aku rasa kita semua pernah berada dalam situasi ini yang dimana kita tak mahu tapi keadaan kadangnya memaksa kita untuk berada dalam alunan situasi " menjaga hati ".

Cuma yang boleh aku katakan . Tak semestinya kau yang menjaga perasaan orang . Tak semestinya kau menyenangkan orang . Tak semestinya kau jadi si baik yang mengangguk saja kerana mahu berbaik-baik dengan semua orang . Bila kah masanya mereka-mereka yang di jaga rapi oleh kita mahu menjaga hati kita ? Bila kita mahu benarkan orang menjaga hati kita setelah kita terlalu menjaga perasaan orang . Bila lagi?

Kita selalu berada dalam keadaan membenarkan sesuatu yang kita rasa dalaman kita mengatakan tidak benar , tidak seiring dengan apa yang kita tuturkan . Contohnya kawan kau si A ini kawan baik kau , dia cantik segala tapi dia playgirl dan sekali itu dia pula yang di-dump oleh seorang lelaki dan mengadu pada engkau tentang betapa jahatnya lelaki itu meninggalkan dia terkontang-kanting ..

Kerana kau kawan baik dia dan dia banyak menolong engkau , kau sebagai si penjaga hati 24/7 akan berkata " Jahatnya Z , dia tak patut buat kau macamtu la A .. Kau dah buat semua yang dia nak , sampai hati dia tinggalkan kau .. Sabar la wahai kwn , dia akan kena balik nanti..".

Dimana kalau kau jenis orang yang mengatakan kejujuran , tidak berada dalam landasan menjaga hati ini , jawapan kau boleh diberikan seperti ini " Padan muka engkau , tu la , sebelum ni kau mainkan laki dan bila laki tu bagi duit semua and dah takda duit kau tinggalkan macamtu jaa .. Sekarang kau kena balik , bagus la . Karma kan ? What goes around comes around . Tu la , jangan buat dekat orang , sekarang kau dah kena balik .. xble buat apa dah .. Haih kesian ..".

Tapi berapa ramai orang yang berani mengatakan kejujuran ini ? Kita tahu , kebenaran tu menyakitkan dan penipuan/kata-kata manisan itu hanya keseronokan sementara . Instant sahaja .. Kita dahagakan kebenaran , tapi kita takut pada kebenaran kerana kita tahu kebenaran itu implikasinya sakit ..

Tapi kita manusia sentiasa kejarkan kebenaran walaupun akhirnya kita sendiri yang sakit kan ?? Kadangnya kita biarkan hidup kita dalam penipuan/ayat-ayat beralas seorang manusia hanya kerana ia lebih menyedapkan hati , kan ?? Lebih menyenangkan .. Kita tak kebal . Tapi kebenaran akan mengkebalkan kita apabila kita menjadi lebih kuat dalam berhadapan semua ini .. Kuat dalam situasi , kuat dalam setiap yang menduga ..

Sudah-sudah la menjaga hati .. Katakan kebenaran .. Buangkan ayat-ayat alas itu yang jika kau tabur selalu menjadikan kau manusia yang tanpa kau sedar , kau ini penipu . Kita sedar tak dalam hidup kita walaupun kita beralas dalam bertutur , tapi dalam diam kita sebenarnya menipu dan kita penipu . Menjaga hati itu memang baik tapi unsurnya menjadikan kau penipu . Penipu .

Penakut . Kita semua penakut ..