//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

Jgn mminta apa yg kta mahu , mhon lh apa yg kta perlu





Dalam kehidupan seharian yang penuh dengan liku dan cabaran .. pasti adakala terdetik di hati kita inginkan kesempurnaan dan kelengkapan dalam kehidupan ..  tapi pernahkah kita terfikir adakala sesuatu yang kita inginkan belum tentu dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri kita..kerana fitrah manusia yang sentiasa inginkan sesuatu yang belum berada di genggaman dan adakala sehingga kita terlupa untuk menjaga dan menghargai sesuatu yang sedang kita miliki.. begitu juga dengan diri aku yang x pernah puas dengan apa yang aku ada .. x pernah bersyukur dengan apa yang Allah swt dah kurnia ..

Bila usia makin meningkat , kematian juga sudah semakin dekat .. sehinggakan adakalanya aku tidak lagi berminat untuk memikirkan tentang perihal dunia dek kerana terlalu takut dengan nasib yang bakal aku tempuh di akhirat sana .. bayangan kematian semakin kerap berlegar di ruang minda sehingga aku sering memikirkan bagaimana keadaan diriku ketika menghadap Allah swt Yg Maha Segala nanti .. tapi, di sebalik semua itu aku masih lagi berpegang pada nasihat orang tua-tua .. selagi nyawa di kandung badan..selagi nafas belum terhenti , selagi itu hidup perlu diteruskan .. perjuangan perlu dikekalkan .. cuma apa yang lebih penting , prinsip dan matlamat aku kini jauh berbeza dgn masa lalu ..

Jika dahulu aku hanya memikirkan sesuatu yang tidak pasti..memikirkan sesuatu yang belum aku miliki..memikirkan bagaimana mahu melengkankan kehidupan di dunia yang sementara ini..mencari kesempurnaan dalam melayari kehidupan sehari-hari..tapi kini, aku hanya inginkan apa yang aku perlu dalam mencari redha illahi..aku hanya inginkan apa yang diperlukan dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang semakin penuh dengan cabaran..

Dalam perhubungan , jika dahulu aku hanya memandang pada luaran tanpa memikirkan perihal dalaman untuk masa hadapan .. tapi kini, aku hanya mencari rusuk kiri yang sekian lama menanti untuk bersatu mencari redha illahi .. aku bersyukur pada yang Maha Esa kerana telah mengurniakan aku seorang insan yang tepat dalam menemani aku melayari kehidupan ini serta bersama-sama berusaha mencari redha illahi untuk menggapai syurga abadi .. semoga apa yang telah aku miliki akan terus kekal di sisi ..

Dalam kehidupan , jika dahulu aku turut seperti insan lain yang mengejar kekayaan  , kemewahan dan kesenangan hidup .. tapi kini apa yang lebih penting adalah bersederhana dalam setiap perkara .. bukankan Rasulullah SAW manusia agung juga hidup bersederhana .. bukankah Islam menganjurkan kita supaya menjalani kehidupan dengan penuh kesederhaaan .. x perlu nampak hebat dan megah di mata manusia .. x perlu nampak kaya dan tinggi darjat di pandangan manusia..tapi apa yg lebih penting , biarlah hidup sentiasa mendapat keredhaan Allah swt .. hidup sentiasa tenang dan tenteram dan yang paling penting hidup menjamin kebahagiaan di akhirat nanti ..

Kita selalu mengharap pada sesuatu yang kita inginkan sedangkan kita x pasti samada apa yang kita inginkan itu memberi kebaikan mahupun keburukan pada kita .. justeru , adalah lebih baik kita meletakkan sasaran pada sesuatu yang menjadi keperluan kita sahaja .. pendek kata , apa yang kita inginkan belum tentu sempurna tapi apa yang kita perlu dah tentu akan membuat hati kita tenang dan tidak serabutkan fikiran kita ..