//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

Buang yg keruh , amek yg jernih :)
Assalammualaikum ..
Sudah menjadi resam manusia makhluk Allah , tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan . Tutur kata dan perbuatan di dalam pergaulan memang ada yang terguris dan tersinggung .
Oleh itu , sempena kehadiran bulan Ramadhan kali ini , marilah kita sama-sama merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan serta melupakan segala permusuhan , persengketaan lama dan membina perhubungan yang harmoni dan kasih sayang. Bak kata pepatah melayu , “buang yang keruh dan ambil yang jernih” .
Tidak dinafikan di dalam kehidupan b'masyarakat , sebagai manusia sudah tentu mempunyai berbagai karenah dan sikap yang berbeza-beza yang kadang-kadang sikap dan tingkah laku itu boleh menyebabkan orang lain terguris hati tanpa disedari .
Selain itu , perbezaan pandangan , pendapat , parti politik , hasad dengki dan sebagainya boleh menyebabkan berlakunya kerentakan hubungan persaudaraan , persahabatan dan hidup berjiran . Malah lebih parah lagi apabila sampai tidak bertegur sapa . Hal ini sangat dilarang oleh Islam , kerana orang-orang mukmin itu adalah bersaudara . Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat : Ayat 10 , yang maksudnya :
” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu ….”
Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa umat Islam mendapat pengiktirafan dari Allah SWT sebagai saudara seagama , yang banyak hak yang perlu dipelihara bersama-sama .
Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita sebagai seorang Muslim untuk menghormati saudara sesama Islam , bukan sekadar memelihara dari segi pergaulan dan tutur bicara , malah dalam segala aspek ekonomi dan keseimbangan kehidupan sosial juga , meletakkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan .
Manakala Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah (SWT) bersaudara.”
Hadis di atas Rasullah SAW ada menerangkan perkara yang mengenai hubungan di antara orang Islam. Untuk memelihara hubungan ini ditegaskan beberapa perintah yang merupakan larangan yang wajib dipatuhi iaitu janganlah kamu berdengki-dengkian di antara sama sendiri . Kerana dengan dengki atau hasad menyebabkan terputusnya hubungan .
Dengki-dengkian ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini , ekoran daripada sifat buruk ini menyebabkan berlakunya persengketaan di antara umat Islam itu sendiri . Di mana sifat dengki atau hasad itu ialah satu perasaan jiwa yang timbulnya perasaan itu pada seseorang oleh kegelisahannya memandang kelebihan yang ada pada orang lain atau oleh kebenciannya melihat ada orang yang melebihinya dalam sesuatu perkara atau keadaan .
Justeru itu , sempena bulan Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan, berkunjung-kunjungan , membina persaudaraan yang erat , merapatkan lagi hubungan silatulrahim dan lupakan permusuhan , persengketaan dan juga dendam kasumat selama ini . Buang jauh-jauh , yang jauh kita rapat-rapatkan , dan yang dekat kita erat-eratkan . Manakala “ buang yang keruh dan ambil yang jernih ”… Agar hubungan persaudaraan dan persahabatan sesama kita kembali bertaut dengan penuh kasih sayang .. Wallahu A’lam …