//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!

copy067_zps0b8d768f
Welcome to my blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call MR PY kill you!.

Status : oredytakenby :: MR . PY




Tagboard
Let's Talk here!



Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Mrs Hanie

aku kembali ke jln mu YA ALLAH
Sungguh aku sedar bahawa diri ini tidak semulia dan sebaik muslimah-musimah solehah yang lain yang sangat terjaga kesucian nya dan tidak pernah ternoda kesucian hati nya dalam menjaga agama Mu Ya Allah tapi aku hanyalah muslimah yang sudah menyesal akan kesilapan masa lalu ku dan ingin kembali ke jalan Mu Ya Rabb.Sesungguh nya aku tahu Engkau Maha Pengasih lagi  Maha Pengampun.Engkau akan menerima taubat hamba Mu meskipun hidup nya selama ini tidak pernah berbuat kebaikan sekalipun kerana sesungguh nya orang yang benar-benar bertaubat diibarat kan seperti bayi yang baru lahir yang suci dari segala dosa lalu aku dengan rendah hati memohon keampunan dari Mu akan dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini Ya Allah.



Benar jika ingin dibanding kan dengan mereka yang lebih teruk aku mungkin dikategori kan sebagai yang biasa sahaja pada zaman sekarang tapi bagi ku dosa tetap dosa.Hukum tidak menghalal kan cara wahai saudara-saudara ku.Jangan lah kita terpedaya dan dikaburi dengan bisikan syaitan yang menyatakan bahawa apa yang kita lakukan itu sebagai biasa sahaja di zaman sekarang ini.Tidak!Mungkin manusia boleh berubah mengikuti zaman tapi agama dan hukum tidak akan pernah berubah dari saat sebelum tercipta nya Adam mahupun sebelum diturun kan Al-Quran.

Pasti ramai yang akn berkata-kata sumbang dibelakang mengata kan bahawa punca perubahan diri ku pasti lah kerana aku telah melakukan kesalahan atau dosa yang tersangat besar atau hidup dalam kejahilan yang amat sangat sebelum ini atau kerana telah dikecewakan seseorang atau kerana disebab kan seseorang yang membawa aku ke jalan yang lurus atau kerana telah melihat keazaban diri di dalam mimpi.Jawapan ku bagi persoalan ini adalah tidak sama sekali!Aku berubah kerana diri ku sendiri.Aku berubah kerana aku tidak melengah-lengah kan seruan hidayah yang Allah beri.Aku berubah kerana aku menyesali dosa-dosa ku.Aku berubah kerana aku tidak mahu lagi hidup dengan kehidupan yang sudah banyak dicanang kan dengan bisikan-bisikan syaitan yang menghasut kita untuk menyimpang dari jalan yang benar.Dan yang paling penting aku berubah kerana aku yang mencari perubahan itu.Memang Allah akan memberi kita hidayah tapi berapa ramai kah yang tidak ragu-ragu dan tidak berlengah menyahut nya dan melaksana kan nya?Kuasa Allah untuk membei hidayah kepada hamba nya tapi ia merupakan tanggungjawab manusia untuk mencari dan melaksana kan nya.

Apa yang telah aku lakukan di masa lalu ku?banyak.Terlampau banyak dosa yang ku lakukan.Walaupun dosa-dosa kecil jika dikumpul kan akan menjadi banyak apatah lagi jika dosa-dosa besar.Benar dahulu aku sangat menjaga pergaulan dengan kaum lawan sejenis ku.Aku membatas kan kerana aku takut akan fitnah manusia.Aku menjaga diri ku dari bersentuhan mahupun keluar dengan mereka tanpa sebab yang mendesak.Aku pasti akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak.Tapi syaitan memang tidak pernah berputus asa.Semua itu tidak aku amal kan dengan kekasih hati.Sungguh aku tidak pernah sampai berzina mahupun aksi-aksi terlampau tetapi aku sudah tidak menjaga kesucian hati ku dan perlakuan ku.Hukum tidak menghalal kan cara.Walaupun aku cuba menjaga nya tapi tetap di dalam Islam tiada kapel yang halal di sisi Allah selain bernikah.Aku sudah pun mencemari hati serta fikiran ku dengan mendengar kata-kata syaitan yang ingin melihat aku menjadi pengikut nya.Astaghfirullahalazim betapa lemah nya iman aku.

Bagaimana pula dengan pakaian ku?Sungguh aku masih cuba menjaga aurat ku.Aku bertudung dan memakai pakaian yang jika dilihat seperti menutup aurat pada pandangan manusia tapi sebenar nya tidak mengikut syariat.Aku tidak melabuh kan tudung ku dan tudung ku juga berbayang.Apa tudung yang aku pakai?sama seperti kalian.Tudung seperti tudung bawal,Syria dan juga selendang.Walaupun mungkin tidak ku labuh kan menutupi dada tapi aku masih tahu yang leher itu aurat lalu aku menyemat kn jarum peniti supaya tidak kelihatan.Baju-baju dan seluar ku tidak terlalu ketat tapi masih juga tidak mengikut syariat.Seharus nya aku memakai pakaian-pakaian yang longgar dan lebih menampil kan cirri-ciri Islamik biar lah dikata kan kuno atau tidak pandai berfesyen.Sungguh jika dikata mengenai feseyen sesungguh nya aku mungkin lebih tahu berbanding kalian bagaimana ingin berfesyen tapi aku tahu akan batas-batas nya maka aku tidak mengikuti nya.Aku hanya berpenampilan sekadar biasa sahaja.Megah kah anda bila dipuji cantik sedang kan pakaian yang anda pakai itu yang akan membawa mu ke neraka?Tidak bagi aku.Apa lah guna nya cantik di mata manusia andai kata dimurkai Allah?Kesedaran ini yang membawa aku kearah perubahan diri ini.Adakah anda menyangka dengan hanya menutup aurat dan memakai tudung itu sudah memadai?Tidak!Islam telah pun mengajar kan cara pemakaian yang benar kepada kita.Tudung hendak lah dilabuh kan menutupi dada,pakaian tidak boleh menunjuk kan bentuk tubuh dan pakaian hendak lah tidak jarang dan boleh menimbul kan syahwat kepada lelaki-lelaki muslim.

Bagaimana dengan tingkah laku dan percakapan ku?Sungguh aku sedang menipu jika aku mengatakan aku tidak pernah menipu,mengata mahupun berburuk sangka.Tapi aku menemukan betapa sia-sia nya perbuatan itu kepada diri ku.Bukan nya memberi manfaat bah kan membawa musibah dan ketidakteraman hidup pada ku.Betapa indah nya agama Islam jika kita mendalami nya.Islam mengajar kita untuk sentiasa berbaik sangka supaya kita tidak hidup dalam keadaan yang resah gelisah.Islam melarang kita berkata buruk mengenai seseorang kerana ia menunjuk kn betapa buruk nya perangai kita.Islam melarang kita berbohong kerana kelak pembohongan itu akan memakan diri kita.DI sebab kan kesedaran ini juga lah aku ingin melakukan perubahan diri.Sungguh percakapan ku mungkin agak kasar berbanding muslimah-muslimah yang lain.Aku bersangka jika aku melaku kan demikian aku dapat memelihara diri ku dari lelaki-lelaki yang ingin mendekati diri ku tapi aku salah.Islam tidak pernah mengajar kita untuk berkasar bah kan kita diajar untuk berlemah lembut terutama nya bagi wanita tapi bukan bermaksud berkata-kata lembut dengan lelaki sehingga menimbulkan syahwat di dalam hati mereka..Kita hanya dibenar kan untuk bertegas dalam menegak kan kebenaran tapi bukan dengan kekasaran.Ini juga lah yang ingin aku ubah supaya aku akan menyenang kan orang-orang disekeliling ku.

Bagaimana pula dengan amal ibadat ku?Sungguh amal ku sentiasa turun dan naik.Tidak menentu.Aku tertanya-tanya adakah aku layak dikata kan seorang muslim?Aku banyak melanggar perintah Allah.Aku selalu juga lupa akan diri Nya.Aku juga semakin menjauh kan diri ku dari Nya walaupun aku tidak pernah menidakkan kewujudan Nya.Aku membanding kan diri ku dengan mereka-mereka yang tidak pernah jemu mentaati Allah dan hidup dengan mewakaf kan diri di jalan Allah.Subhanallah!Aku langsung tidak layak hendak dibanding kan dengan mereka.Aku telah tersasar jauh Ya Allah.Aku menyangka kan dengan mengetahui asas-asas agama dan sedikit maklumat tambahan sudah cukup bagi ku tapi aku silap!Lagi banyak aku belajar lagi banyak perkara yang aku tidak tahu sebenar nya.Jika aku membaca dan menimba ilmu setiap hari sekalipun tak kan pernah cukup dan habis ilmu yang ada.Baru aku sedar betapa jahil nya diri ini.

Kini aku sedang dalam penghijrahan ku.Aku sedang dalam misi mengubah diri ku menjadi lebih baik.Mengubah diri menjadi muslimah yang sejati.mengubah diri untuk mencari keredhaan Ilahi.Tapi aku tahu perjalanan nya tidak semudah yang aku sangka kan.Banyak dugaan yang akan mendatangi ku.Ada yang mengatakan aku seperti lalang yang ditiup angin.Mudah berubah-ubah.Ya Allah betapa hati ku seperti dihiris sembilu tatkala mendengar ayat itu meluncur laju keluar dari mulut orang yang paling aku kasihi.Aku idak menyangka sampai begitu pandangan nya terhadap ku.Aku menyangka kan dia akan bangga dengan perubahan ku.Tapi benar,ini pasti dugaan yang ingin Engkau beri kan kepada ku.Aku cuba membela diri ku dengan mengatakan aku bukan seperti lalang yang ditiup angin tapi aku hanya diberi kesempatan dari Allah untuk bertaubat dan dianugerah kan hidayah supaya aku tidak tergolong di kalangan mereka-mereka yang sesat.Aku juga menegas kan bahawa perubahan ku bukan kerana sesiapa kerana jika ingin dinilai kan aku tidak didampingi dengan orang-orang yang ingin mengajar dan membawa ku ke jalan yang benar bah kan aku dikelilingi dengan mereka-mereka yang mungkin lebih teruk dari ku tapi aku tidak akan menjadi kan itu satu alasan untuk tidak berubah.Aku harus bangkit sendiri di tengah-tengah kejahilan itu dengan menunjuk kan contoh terbaik kepada mereka dan cuba mengajak mereka untuk menyertai ku.InsyaAllah.

Aku bermohon kepada Mu Ya Allah,kuat kan lah hati ku dalam menempuhi dugaan dan kehidupan ku pada masa akan datang.Jangan lah pernah Engkau biar kan hati ku terlalai dan terpengaruh dengan bisikan-bisikan syaitan yang pasti tidak senang melihat perubahan ku ini.Ya Allah aku bermohon kemantapan dan keteguhan iman dari Mu untuk sentiasa berda di dalam perlindungan dan keredhaan Mu.Jangan lah Engkau letak kan ku bersama-sama mereka yang sesat dan melanggar perintah Mu.Ya Allah,aku juga bermohon agar dikurnia kan pendamping hidup yang sama-sama ingin menegakkan agama Mu dan mampu membimbing aku serta keluarga kami ke syurga Mu.Aku juga bermohon diberi sahabat-sahabat yang mampu menasihati dan mengingati ku dikala aku terleka dan lupa kerana sesungguh nya aku tahu aku hanya lah seorang manusia yang lemah hati nya.Aku takut Ya Allah.Aku takut aku adalah antara penghuni neraka jahanam yang tidak tergambar azab nya.Terima lah taubat ku Ya Allah dan pimpin lah ku ke jalan redha.Amin Ya Rabb.